SaNa SiNi

Di Mana Jua


You are not connected. Please login or register

sistem pendidikan kita yang lemah

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 sistem pendidikan kita yang lemah on Mon Dec 20, 2010 7:10 pm

zoro


Ahli Baru
Ahli Baru
salam..
sahabat sekalian..
ingin saya melontarkan satu pandangan
Cool
di malaysia, penubuhan maahad tahfiz samada swasta au kerajaan tumbuh bagaikan hujan..
sehingga..bila ada org sumbang tanah,ada tanah...
ya,kita bina maahad tahfiz..nak bg org hafal al-quran.

bagus,xdinafikan.
tetapi,,apakah akibatnya jika kita hanya melahirkan bayak golongan agama yang hanya pandai agama?
yang dunianya..kemahiran hidup kurang
apa akibatnya??? cyclops

ana tertarik dgn kisah sekumpulan org cina
mewakafkan tanah xsilap di kelantan dgan tujuan
penubuhan 'maahad tahfiz 'sain'"

saya nampak,golongan cina ni tahu akan kehebatan,kelebihan al-quran yang dimasukkan,diadun
dengan 'sain"...yang meledakkan lebih banyak kuasa..

ana takut dgan keghairahan kita melahirkan
banyak huffazul alquran..kita mengabaikan pendiidkan
yang menjadi keperluan dunia..

yang huffaz di masjid,pondok tapi bukan di masyarakat
ana rasakan kita perlu tambah sedikit
value...add on beberapa penambaikan dalam
sistem pendidikan..

huffaz yang juara dlm bdang dunia jua akhirat..
kitalah yg kena kuatkan sistem pendidikan ni

sbb bila jemaah islam memerintah negra t..kita sendiri akn rasa perit...mencorak hala tuju sistem pndidikan


mcm mana sahabat2 sekalian??

Shocked Question

View user profile

2 Re: sistem pendidikan kita yang lemah on Tue Dec 21, 2010 6:26 pm

jihad_islami

avatar
Ahli Baru
Ahli Baru
Dengan nama ALLAH Yang Maha Kasih lagi Maha Sayang,

Salam..
Menyebut tentang sistem pendidikan, ana tergerak untuk berkongsi satu pandangan sisi mengenai sistem peperiksaan di Darul Quran.
Ana cadangkan kita fokuskan skop di DQ terlebih dahulu sebelum beralih ke skop yang lebih meluas. Apa pendapat adik-beradik IQRaC tentang sistem peperiksaan di DQ?

Setelah selesai Dur Awal, Pelajar Persijilan IQRaC 10/11 digegarkan dengan kemunculan PKR, Peperiksaan Khas Rayuan. Di saat ini, adik-beradik kita sangat memerlukan sokongan kita. Padahal menurut makluman, adik-beradik yang mendapat perhatian ALLAH ini juga perlu menduduki Dur Thani. Masalah yang timbul adalah tarikh yang ditetapkan untuk Dur Thani oleh unit akademik lazimnya belum ditetapkan. Yang terbaru setahu ana, Dur Thani akan diadakan pada tarikh yang bersamaan dengan peperiksaan semester tiga. Ana mengesan sesuatu yang disebut sebagai ketidak-keberkesanan dalam mengurus jadual. Bagaimana tarikh dua peperiksaan yang cukup penting boleh saling bertindan? Walhal, andai dikatakan peperiksaan tambahan ini bertujuan untuk membantu, mengapa tidak dilaksanakan secepat mungkin? Dengan itu, insyaAllah daya ingatan hafazan akan bertambah kuat dan tidak membebankan pelajar.

Ana pernah berbual dengan sahabat kita yang berpendapat soalan peperiksaan perlu dipertingkat tahap ke'syadid'annya supaya soalan-soalan ini lebih bersikap adil, tidak terlalu sukar dan tidak terlalu senang atas rasional selepas itu, akan memberi natijah yang membuatkan para pelajar lebih tekun untuk i'adah. Ana menyanggah dengan menyatakan soalan peperiksaan tadi sebaiknya digubal berdasarkan kemampuan bagi orang yang sederhana mampu menjawabnya. Maka, peluang untuk kita dipaksa untuk berhenti insyaAllah lebih tipis. Dengan itu juga, kuantiti pelajar persijilan tidak berkurangan. Beliau membalas, dalam para mubtahil ini berbelas-kasihan, adakah patut hingga menyebabkan kualiti para huffaz yang lahir susut nilainya?Akhirnya, beliau menyimpulkan ada baiknya sistem peperiksaan ditingkatkn lagi tahap ke'syadid'annya, malah dalam masa yang sama kuantiti pelajar dapat dikekalkan.(maafkan ana perbualan ini telah disingkatkan isinya, kepada sahabat yang berkenaan, maafkan ana jika lari daripada maksud asal beliau)pale

Ana setuju dengan teori beliau, tetapi ana berpendapat teori ini lebih wajar dilaksanakan kepada pelajar diploma jika dianalisis menurut waqi' pelajar sijil. Jika tujuannya untuk mencapai dorongan i'adah yang maksimum daripada pelajar sijil ana berpendapat peperiksaan hanya salah satu wasilahnya. Cadangan ana, mengapa tidak dimanfaatkan tempoh masa satu setengah tahun secara optimum. Apa salahnya, pelajar sijil dikurangkan cuti sem. Masa yang ada digunakan untuk kem iadah. Selain itu, hari Sabtu dan Ahad juga wajib diadakan kelas tetapi khusus untuk iadah sahaja. Objektif yang sama insyaALLAH akan tercapai.

Peratus kegagalan teori pertama atau kedua yang lebih besar untuk mencapai hadaf yang disebutkan di atas?ana cuma berkongsi pendapat ana, sahabat lain juga bebas bersuara.

Sama-sama kita fikirkan untuk memperbaiki kuantiti dan kualiti huffaz khususnya huffaz teknokrat program persijilan.Kita suarakan kepada pihak yang berkenaan contohnya Us Jalal. Kerana kita adalah pelajar persijilan, kita lebih memahami.

p/s: Cuba buka ruang minda dan mengelakkan untuk menjadi orang'exam-oriented'. Ini disebabkan sistem peperiksaan antara agenda yahudi untuk masuk ke dalam jentera pendidikan. Kita terlalu mengagungkan mereka yang punya gelaran-gelaran yang dicipta oleh Barat,yang tidak punya nama hanya dipandang sebelah mata. Walhal dalam Islam gelaran IMAM lebih tinggi darjatnya di mana wujudkah pada hari ini seorang imam yang mampu memimpin manusia dan qudwah ke arah kebaikan di dunia dan kejayaan di Akhirat. Wallahua'lam. Sad

View user profile

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum